Saturday 26 January 2013

JJEPUT SUSU LEMAK MANIS

Jjeput bahasa Kelantan. Kalau bahasa standard nya orang panggil cucur.

Pagi tadi aku ada site inspection for CPC.
Bila dah last ni, contractor bagi makan besar sikit.
Heavy breakfast at site office before pergi round site.
Ada mee goreng, chicken wing, sandwich and satay.
Lepas habis round site around 11am, masuk balik site office makan.
Dah kenyang, so tak lunch la today.

Almost 4pm, perut dah mula berkeroncong.
Nak masak nasi tak ada stock lauk pulak dalam fridge.
Belek-belek resepi, ini la hasil nya :)



Resepi ni dapat dari internet. Website Kongsi Resepi kalau tak silap.

Cucur Susu Lemak Manis

Bahan-bahan:

1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 sk baking powder
1/2 sk bicarbonate soda
6 sb susu pekat manis
1/2 cawan susu segar/cair
garam secukup rasa (secubit cukup la)

Cara-cara:
1. Ayak bahan-bahan kering dalam mangkuk. Masukkan susu manis dan tuang susu segar/cair sedikit-sedikit sambil kacau adunan hingga licin dan sebati.
2. Goreng cucur dalam minyak panas. Balik-balikkan untuk mendapatkan cucur bulat gelembung hingga keperangan.

Nota: Perap adunan (10-15 min) sebelum goreng.

Sedap cucur ni. Kalau siapa-siapa yang rajin boleh cuba.

Sunday 13 January 2013

HKR- #KL112- My story

I started my journey early morning at 7.40am on Jan 12 2013 heading to Brunei International Airport. Yes, I travelled all the way from Brunei to KL for Himpunan Kebangkitan Rakyat - KL112. Sounds crazy? Yes to some people but if you follow closely what is happening in Malaysia, you know what this is all about.
My flight departed at 9.05am and arrived KLIA at 11.15am at gate C4 satellite building. 10 minutes waiting for aerotrain from satellite building to main terminal building feels like forever. I have to hurry to catch erl at 12pm. My sister will wait for me in KL Sentral at 12.30pm and we planned to join the march from Brickfileds to Stadium Merdeka.

I reached KL Sentral 12.30pm and we realized that we already missed the Brickfields's crowd. We decided to have our lunch first at KL Sentral. We start walking to Stadium Merdeka around 1.15pm. At that time, not many people walking along the road. Two Chinese guys (with yellow T-shirt of course) walked in front of us. Later one Chinese lady and two guys joined us. We spoke to the lady. Then we found out that her home town is Tumpat. Apa lagi, kami pun terus la kecek kelate. She told us that she had joined Bersih 1.0 and Bersih 2.0. During Bersih 3.0, she was in Singapore. And she is looking forward for KL112 after she missed Bersih 3.0. We started to see the crowd and she popped the question to us. 'Hari ni agak2 kita kena sembur tak?' At that time we still guessing. She said even though dua kali kena sembur, saya tak pernah serik. That's the spirit girl. We joined the crowd and say goodbye. Not a real goodbye actually, the words are, 'jumpa lagi'.

Kami berjalan dan ikut the crowd sampai depan balai polis Tun. H.S Lee. Orang dah ramai kat situ. Orang buka gerai pun ada. Macam-macam gerai. Yang kami perasan, gerai yang jual kebab dah sold out. Orang ramai still duduk-duduk makan sup and membeli baju, headband dan macam-macam benda lagi.Kami membeli headband HKR warna kuning tapi kami ikat di tangan. Kemudian kumpulan Royalti sampai. kami join kumpulan Royalti. Of course la kan, as Kelantanese, mesti la kami sokong tuntutan Royalti. Kami terus bergerak ke arah stadium. Masa tu still boleh masuk dalam stadium. But we decided untuk tengok-tengok sekeliling. Orang memang sangat ramai. At 2pm, acara bermula. Kami mencari tempat duduk d kawasan parking lot yang dapat dengar dengan jelas apa yang berlaku di dalam stadium. Ucapan-ucapan oleh para NGO dan pemimpin dapat di dengar dengan jelas di kawasan parking stadium. Thumbs up to the penganjur. Masa kami mula duduk orang tak berapa ramai di kawasan parking. Tiba-tiba je kawasan parking tu penuh dengan manusia.

Suasana memang macam festival. Orang ramai bertepuk tangan dan bersorak dengan penuh bersemangat bila mendengar ucapan. Mereka turut menyanyi beramai-ramai bila Ito Bluesgang menyanyikan lagu Ubah dan Khatulistiwa. We decided not to wait until 5pm. Sebab cuaca panas and kami takut nanti susah nak balik. Around 4pm kami beredar dari kawasan stadium. Masa berjalan keluar, kami lihat lautan manusia berada di sepanjang jalan ke stadium. Dan kami lihat juga peniaga-peniaga sedang rancak berniaga. Orang ramai berebut-rebut mengerumuni motor penjual aiskrim. Cuaca panas dan aiskrim adalah satu kombinasi yang amat sesuai.
Dalam perjalanan balik, kami sempat singgah membeli 2 helai T-shirt HKR warna kuning. Kami berjalan hingga ke stesen keretapi kuala lumpur. Dari situ kami naik teksi ke station lrt bangsar sebab my sister parked her car there. Kami sampai ke rumah sekitar pukul 4.35pm. Dari rumah, kami terus mengikuti perkembangan perhimpunan sehingga ianya berakhir melalui Radio Bangsar Utama.

I conclude that  Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 sangat berjaya. Sangat berbaloi I bought the flight ticket back. Suasana perhimpunan sangat aman dan bagaikan pesta. 10 Deklerasi Himpunan Kebangkitan Rakyat adalah untuk kebaikan seluruh rakyat Malaysia. Orang yang membantah himpunan ini adalah orang yang malas membaca. Orang yang malas membaca semestinya adalah orang yang kurang berilmu. Jangan kita hanya mendengar sahaja apa yang orang kata dan kita mula menyokong atau membantah secara membuta tuli. Cuba buka mata. Membaca dan mencari maklumat-maklumat yang tepat. Hanya dengan ilmu kita akan dapat menjadi masyarakat yang bertamadun.

Gambar-gambar yang sempat diambil

                                                                     the crowd

                 
                                                            area Tun H.S Lee police station






                                                                    area stadium


                                                                           go Royalti


                                                             
                                                                  Mom, I'm Here......




                                                          Stadium Merdeka Parking area


                                                                Deklarasi HKR#112



                                                               orang asli