Monday 2 March 2015

Kg Kota Dilanda Banjir December 2014

Sudah lebih dua bulan Kg. Kota dilanda banjir. Seperti yang kita semua tahu, December 2014 Kelantan dilanda banjir terburuk. Dan proses membaik pulih kawasan yang dilanda banjir adalah satu proses yang sukar kerana skala kemusnahannya sangat besar dan akan mengambil masa yang lama.
Ramai yang kehilangan harta benda dan ada yang kehilangan nyawa.

My house in Kg. Kota was built around year 1967-1968 before I was born and the house is my birth place. Sepanjang lebih kurang 47 tahun rumah tersebut dibina, tidak pernah sekali pun air banjir mencecah anak tangga rumah kami. Tetapi pada December 2014 semua itu telah berubah. Air memasuki rumah kami sampai ke paras bawah tingkap. Lebih menyedihkan tiada sesiapa pun di rumah pada waktu itu. Sekiranya kami ada di rumah mungkin banyak benda yang boleh kami selamatkan.

Kebetulan pada 26 December saya memang bercadang untuk balik ke Malaysia untuk menghadiri kenduri kahwin sahabat di Negeri Sembilan yang berlangsung pada 27 December.
Selepas kenduri saya bergegas ke Subang Airport untuk pulang ke Kota Bharu. Malangnya saya terpaksa menangguhkan hasrat saya untuk pulang dan menukar tiket penerbangan. Ada penerbangan ke Kota Bharu pada hari tersebut tetapi semua jalan menuju ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra telah ditutup. Tiket di tukar ke 8hb January 2015 kerana saya terpaksa balik ke Brunei untuk urusan kerja.

Beginilah keadaan rumah saya dua minggu selepas dimasuki air. Lumpur yang tebal di dalam rumah. Kami adik beradik bergotong royong membersihkan lumpur dan membuang barang-barang yang tidak dapat diselamatkan seperti meja dan sofa.


It was sad but kami bersyukur kerana ujian banjir yang kami alami tidak seteruk orang lain yang berada di Kuala Krai, Gua Musang, Tumpat dan lain-lain kawasan yang kemusnahannya jauh lebih besar. Kami yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik selepas musibah ini.

                               
                                Allahumma Ajurni Fi Musibati Wakhlufli Khairan Minha.


No comments:

Post a Comment